Hari ini, baru saya tersentak kembali, baru saya tertahu lagi dan lagi apa yang sekian lama saya selalu abaikan... Apa dia?
KITA KENA BUAT KEPUTUSAN SEGERA! KERANA SITUASI TAK MENUNGGU KITA...JANGAN MENANGGUH SESUATU ITU.
Ceritanya tentang menempah hotel
Hotelnya di KL Sentral - Myhotel (cam gambar atas)
Ceritanya macam ni... saya ke KL hari ini,
Tapi semalam saya ada telepon hotel itu dahulu, dapat tahu ada 18 bilik lagi kosong - harga semalam RM98 saja,
saya tak tempah lah....ingat mesti tak ada masalahlah.
Hari ini, bila tiba di LcCT KLIA, saya telepon lagi, katanya bilik RM98 takdak dah, ada bilik RM110 Family room,
saya tak tempahlah...kalau gitu, mesti ada sampai hotel tu nanti.
Sampai ja di kaunter hotel, saya tanya ada bilik tak? ada tapi harga RM120 semalam!
Jadinya RM98 kepada RM120 dalam masa beberapa waktu aja....ish, nyesal sungguh saya,
Oleh itu, bagi membuang kekeciwaan itu, saya makan donut (RM7.90):

